Assalamualaikum w.b.t
Salam sayang buat semua pembaca. Semoga dalam rahmat Allah S.W.T sentiasa, Umi Shu doakan buat anda yang sudi membaca blog Umi Shu ini. Alhamdulillah, bulan Ramadan Kareem 1442H. Masih diberi kesempatan buat kita semua untuk terus beribadah dalam bualn yang mulia ini. Sedangkan mungkin ada antara kita yang telah terlebih dahulu dijemput Ilahi, maka tidak berkesempatan bertemu lagi bulan sebaik-baik bulan ini. Syukur pada-Mu ya Allah atas kurniaan ini. Semoga kami beroleh keberkatan dan rahmat-Mu di sepanjang bulan ini dan izinkan kami bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Aminnn.
Hari ini, Umi Shu ingin membuat sedikit pengenalan tentang produk ajaib yang telah berjaya membantu menyelesaikan masalah sakit kaki Umi Shu yang telah bertahun-tahun ditanggung. Kisahnya bermula begini..sejak beberapa bulan lalu Umi Shu tercari-cari produk yang boleh bagi sokongan pada kaki yang sakit. Umi Shu ada terfikirkan mengenai seluar tekanan. Jadi, Umi Shu buat sedikit 'research' bagi mendapatkan info. Banyak betul jenama seluar tekanan yang ada di luar sana. Pening dibuatnya! Tapi, tiada satu pun yang mencuri perhatian.
Tidak lama selepas itu, Umi Shu ada terbaca perkongsian bekas rakan sekolah lama. Dia menceritakan mengenai sejenis seluar yang magik..yang telah berjaya membantu menjadikan beliau lebih sihat, cergas dna ceria. Ajaibnya, beliau sudah kurus! Sangat 'slim' dan nampak lebih muda. Yelah, ibu anak lima, sudah tentu tembam dan sakit satu badan kan. Tapi, transformasi yang beliau tunjukkan memang luar biasa. Hanya dalam dua bulan saja, pemakaian seluar tersebut telah banyak membantu beliau dalam membaiki kualiti kesihatan sahabat Umi Shu ini.
Ye, Umi Shu teruja hendak tahu apakah rahsia beliau. Rakan ini pula tidak lokek berkongsi. Dan akhirnya, terdedahlah rahsia bahawa beliau mendisiplinkan diri memakai sejenis seluar tekanan daripada Aulora Series. Seluar hebat ini beliau sarungkan ke kaki 24 jam sehari tanpa culas selama dua bulan. Nah! Hasilnya, memang menakjubkan. Mahu tak tergoda Umi Shu dibuatnya 😅 Tanpa membuang masa, dengan yakin dan tawakal..Umi Shu beli set kombo terus. Dalam set kombo ini ada dua helai seluar dan PERCUMA sehelai seluar dalam Aulora Series juga.
Maka, bermulalah episod Umi Shu bersama seluar tekanan Aulora Series ini sejak awal April yang lalu. Aulora Series..indah betul namanya. Selagi tak meminang si dia ini, selagi itulah termimpi-mimpi..mengigau dibuatnya! Alhamdulillah, pada saat blog ini dibuat, sudah tiga minggu Umi Shu istiqomah menyarung seluar Aulora. Allahhuakbar, banyak sangat bezanya keadaan kaki dan kesihatan diri sekarang berbanding sebelum bertemu seluar magik ini.
Percaya tak kalau Umi Shu kata, pada hari pertama setelah seharian memakai seluar Aulora ini..sekelip mata itu juga Umi Shu dapat rasai perbezaan? Umi Shu tak rasa sakit kaki walaupun berdiri agak lama dan berjalan banyak pada hari tersebut. Selalunya, kalau berdiri seja dua tu membasuh pinggan mangkuk atau memasak..'comfirm' kaki jadi kejang dan sakit amat bila nak bengkokkan. Terpaksa baring dan letak kaki atas bantal, bagi kaki rehat sebentar sebelum buat kerja lain pula. Dan lagi pelik bila Umi Shu kekal aktif seharian, macam tak pandai nak letih pun ye juga. Tak tahulah daripada mana datangnya semangat dan tenaga tu. Tapi, itulah yang Umi Shu rasa.
Setakat ini dulu. Umi Shu akan berkongsi lebih banyak cerita, kejayaan dan kebaikan Aulora Series ini nanti. Jumpa lagi!
Comments
Post a Comment